Wednesday 13 April 2016

Pengalaman UKCG 2016! ♡

Assalammualaikum dan hello semua!

Pertama sekali, tahniah kepada sesiapa yang berjaya mendapat ukcg. Tahniah! Hehehe. Ok so back to the point, alhamdulillah saya dapat ukcg 13 April 2016 bertempat di IPGK Ilmu Khas. Ukcg ada 2 kategori: 1)Ujian bertulis 2)Ujian kecergasan fizikal (ukf). Dua2 korang MESTI buat.

Ok first, korang kena buat ujian bertulis. Masa diberi 45 minit. Ada 2 bahagian ye. Bahagian A-135 soalan, bahagian B-65 soalan #kalautaksilap. Semua objektif, hitamkan je kat kertas OMR so takyah risau la. Takda nak kena bina2 ayat ka takdakk.

Ok lepas tu, ukf. Part ni yang buat ramai manusia berdebar, takut, tak yakin, rasa taknak pergi. Saya pun macam tu but trust me, ukf best! Penat tu memang penat la terutama bleep test. Sakit kaki aiii uuu lepas berlari2 tu. Ok, ukf ada 5 bahagian iaitu:

1) BMI- Nanti tinggi dan berat korang akan diambil. Tu jaaa.

2) Jangkauan melunjur- Yang ni nak tengok flexibility korang. Dia kasi 3 kali nak cuba. Kali yang ke-4 tu korang kena hold untuk 2 saat dan kali ke-4 ni la yang akan diambil kira. Means, yang 1 2 3 tak kira, 4 baru kira. So dah last tu buat betul2 ya. Part ni saya dapat 41.

3) Bangkit tubi variasi- Ok part ni ada 5 jenis/level. Setiap jenis dia kasi cuba sekali ja (untuk saya punya la yang lain tak pasti). Bangkit tubi ni takdak orang pegang kaki tau macam kat sekolah punya. Haaa jangan risau, nanti dorang tunjuk video. Tak cukup video, abang2 yang bertugas nanti akan tunjuk sebelum korang buat secara live. So no worries. Saya sampai level 3 ja. 4 dengan 5 serious susah (for me) 😂

4) Push up tanpa henti- Part ni korang perlu push up sampai berapa2 yang korang tahan dengan syarat tanpa henti. Push up badan semua kena betul tau sebab kalau tak abang/kakak yang kira tu tak akan naikkan bilangan push up korang. 😂 Misalnya, masa yang ke-13 korang buat tak betul. Haa pengira tu akan still kira 13, 13, 13 sampai la betul baru naik 14. 😂 Boleh buat 2 kali ya.

5) Bleep test- Haa yang ni serious penat. Stamina kena tinggi. So sebelum pergi tu rajin2 lah jogging yeee. Bagi wanita seluruh dunia (eh), minima kena lepas 3.1. Lelaki saya tak pasti. Maaf yaa. Bleep test ni ada berapa level entah tapi banyak la 😂 setiap level ada 7/8/9 kali. Maksud saya: level 1. 1.1, 1.2, 1.3, 1.4, 1.5, 1.6, 1.7. Haa baru masuk level 2.1,2.2 dan seterusnya. Jarak 20m. Walaupun 20m tapi penat sebab korang dok ulang alik tau. Jangan risau, abang2/kakak2 bertugas akan terangkan dengan lebih lanjut di sana.

Siapa cakap nak jadi cikgu senang kan? Tapi takpa usaha dulu. Jangan taknak pergi ukcg sebab taknak ukf tu. Serious cakap la ukf best sebenarnya. Dapat jumpa ramai kawan dan lain2. Penat dan sakit tu pula kejap ja so why not kan?

Ok sampai di sini sahaja untuk hari ini. Goodluck untuk sesiapa yang akan pergi ukcg! Buat elok-elok! ♡ Byeeeeee

1 comment:

  1. Merkur - European Gaming Authority
    Merkur deccasino is a brand of renowned designer-design solutions for many of the most popular and best ā¸‡ā¸˛ā¸™ā¸­ā¸­ā¸™āš„ā¸Ĩā¸™์ known brands in kadangpintar Europe and Europe. The Merkur line

    ReplyDelete