Monday 9 May 2016

♡ Pengalaman temuduga IPG 2016 ♡

Assalammualaikum semuaa. Ok terus kepada tajuk kita hari ni, alhamdulillah saya dapat temuduga ipg 2016. Ini bermakna saya lepas ukcg hari tu. Hiks 🙊

Saya dapat temuduga IPG di IPG Kampus Bahasa Melayu, 9 Mei 2016, Sesi 1, Bilik D. Kiranya saya ni orang2 pembukaan temuduga la konon. Tapi best la sebab start awal so boleh balik awal. Perasaan berdebor pun cepat ja hilang. Hihi.

Seminggu sebelum temuduga tu, sediakan la apa yang patut. Jangan risau semua dah tulis kat surat nanti. Baca dengan teliti dan ikut ja. Pastikan borang diisi sebelum temuduga tu. Gambar mesti ada. Jangan sampai sana satu apa pun tak isi. Gambar semua pun takda. Paroooooh satg.

Ok so masa pendaftaran saya pukul 8.00 pagi. Dalam pukul 6.50 am saya dah gerak sebab semangat membara dalam jiwa kan (padahal takut jammed). Sampai2 ja sana kena duduk dan tunggu sampai la semua dah sedia. Tempat saya ada delay sikit la tapi takpa. Tak menjejaskan apa2 pun. Bila dah tiba masanya, akan ada seseorang bagi taklimat. Dengar taklimat tu betul2. Apa2 yang dia tanya kalau korang takda angkat ja tangan. So kalau malu nak angkat tangan pastikan sebelum temuduga sijil2 borang semua dah settle. Semua settle hati pun manyaaak senang. Hehe.

Bila semua dah sedia, sesi 1 setiap bilik akan dipanggil untuk ke tingkat dua di mana tempat temuduga akan berlangsung. Sesi lain sila tunggu sebentar. Sambil2 berjalan menuju ke destinasi tu tegur2 la kawan2 sebelah. Cakap ja hi eventhough masa tu korang nervous gila. At least boleh hilangkan sikit nervous tu dan kawan pun bertambah, kan? Bak kata pepatah kawan biar seribu, musuh jangan dicari (dah lama tak guna peribahasa).
Haa bila dah sampai dopan pintu masuk bilik masing2, ada kertas yang ditampal di dinding atau pintu tau. Cari nama korang dan tanda tangan. Jangan lupa.

Lepas dah tanda tangan tu, sabaq dulu jangan masuk lagi. INGAT! JANGAN MASUK SELAGI TIDAK DIARAHKAN. (saja nak huruf besaq bagi semua ingat). Duduk dulu dekat kerusi yang disediakan di luar. Minum air semua masa ni naaa.

Ok lepas dah kena panggil masuk tu, baca bismillah sebelum masuk. Langkah dengan kaki kanan. Bagi salam dan tunggu arahan untuk duduk. Bila semua dah duduk letak beg dekat bawah. JANGAN LETAK KAT PAHA OK. Sentiasa senyummm kerana senyum itu sedekah. Kaki jangan goyang2. Tangan jangan nak kuis sana sini goyang2 macam nak menari.

Ok first penemuduga akan suruh kenalkan diri satu persatu. Ikut arahan dia mula daripada mana dulu ok. Lepas tu, penemuduga akan sambung tanya soalan berdasarkan karangan yang korang dah tulis kat penyata hasrat awal2 lagi tu. Haaa so tulis betul2 dan faham apa yang korang tulis. Penemuduga akan terus dan terus menyoal so get ready la nak menjawab yeee.

Lepas habis ja semua kenalkan diri dan ditanya soalan, tiba lah masa untuk aktiviti berkumpulan. Jeng jeng jeng! Masa ni please semua bagi kerjasama dan time menagement kena betul! Masa dia kasi dalam 20-30 minit ja. So guna masa yang diberi betul2! Macam saya kena bagi satu kertas soalan. Ada 3 soalan semuanya. Soalan pertama suruh bincangkan pasal rukun negara (kalau hampa dapat pasal rukun negara la). Soalan kedua suruh hampa pilih satu prinsip rukun negara daaaan cipta lagu/sajak. Haaa kat sini semua tolong dan tolong sumbang idea. Walaupun korang tak pernah buat sajak ke apa ke kan tapi kasi je idea. At least takda mati akal sangat. Soalan ketiga korang diarahkan untuk membentang sajak tadi mengikut kreativiti kumpulan anda. Haaa so KERJASAMA DAN MASA AMAT PENTING YE SEMUA.

Habis ja bentang, korang kena suruh duduk. Penemuduga akan cakap la sikit2 lepas tu korang boleh keluaqqq dan balik! Yay! Ehhhh jap tapi sebelum tu jangan lupa ambil balik file file korang ok. Macam saya punya, penemuduga tu hanya ambil borang sahaja. Sijil photostat dia tak ambil puun. Tapi ini tidak bermakna korang tak perlu photostat sijil dan sahkan okkk. Semua tu kena juga buat!

Heeee ok la sampai di sini sahaja pengalaman saya. Good luck untuk sesiapa yang akan pergi tu! Rileks jaaa. Jawab dengan yakin, tenang dan suara yang jelas. Ok? Goodluck! ♡♡♡



15 comments:

  1. Salam nk tanya ni.... Kod kursus yang ada dalam borang maklumat diri tu macam mna ek? Kurang fahham

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam. Kod kursus tu check online masa nak check sama ada kita dapat ke tak temuduga tu. Kan kat situ ada tulis bidang kita dan kat situ juga ada kod kursus dia. Yang panjang2 sikit tu. Harap membantu :)

      Delete
  2. Salam,dia ada tanya tentang isu pendidikan tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, penemuduga saya tak ada tanya apa2 pasal isu pendidikan, menteri2 semua tu. Tapi lain penemuduga lain caranya so kena tahu juga la sikit2 pasal benda2 tu ya. Goodluck!

      Delete
  3. Salam, waktu penemuduga suruh perkenalkan diri kebiasaannya kita kena cakap pasal apa je ya? Takut terlebih plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam.. sorry lambat reply.. masa saya dulu saya cuma bagitau nama, umur, kenapa nak masuk ipg pastu dia terus tanya soalan..

      Delete
  4. Hehe sokay.. so awak ckp ye apa sbb nk masuk ipg? Soalan yg dia tanya tu berkaitan dgn apa? Isu pendidikan ke ataupun soalan yg kita kena fikir? Dia akan tanya soalan sorg2 ataupun random?

    ReplyDelete
  5. And lg satu,awak dapat bidang apa?

    ReplyDelete
  6. And lg satu,awak dapat bidang apa?

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. boleh pakai jubah x atau kena pakai baju kurung juga?

    ReplyDelete
  9. sorry nak tanye, time interview prefer talk in engish or bahasa melayu?

    ReplyDelete
  10. Maaf saya nak tanya , temuduga untuk subjek bahasa melayu .Apakah bentuk temuduga yang dijalankan dan soalan popular yang ditanya ?

    ReplyDelete